Friday, August 19, 2011

Almond London....


Assalamualaikum.....


Beginilah rupa biskut rayaku yang paling awal siap.......penat jugalah mau menyiapkan tanpa bantuan....dan ditambah pulak dengan 2 org monster yang lagi menambahkan kerjaku....dah siap kena sambung pulak kerja untuk menyediakan juadah untuk bersungkai......


Resepi ni aku copy dari Chef Liza

Bahan – bahan

250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum ]
1/2 cawan tepung jagung ]
1/2 cawan tepung naik sendiri ] ayak semua
1 s/k emplex [optional] ]


Coklat yang telah dicairkan secara double boil dan ditambah sedikti minyak makan.

Beginilah rupa biskut yang telah siap dibakar dan disejukkan sebelum dicelup dengan coklat cair.
Biskut yang telah dicelup coklat cair dan menunggu untuk sejuk dan mengeras sebelum di hias menggunakan white coklat.

Selamat Mencuba.....
Print This Page

Wednesday, July 27, 2011

Resepi Tat Telur

Assalamualaikum........

Jom kita kongsi macam mana untuk membuat tat telur.....penyediaan yang mudah.....
tqvm kpd Kak Yatt sebab bermurah hati berkongsi resepi...



Bahan Kulit
200gm butter
360gm tepung gandum (saya ayak sebanyak 3 kali)
1 sb kastad
1 sb susu tepung (optional)
1 biji telur ( kacau bersama esen vanila)
1/2 suda teh esen vanilla
80gm gula (saya kurangkan 60gm)

Filling Kastad
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan gula
4 biji telur
1/2 suda teh esen vanilla
1 sb tepung kastad
sedikit pewarna kuning

Cara Penyediaan
1. Gaul tepung gandum, susu tepung, tepung kastad dan gula bersama
2. Kemudian masukkan telur yang telah dikacau bersama esen vanilla
3. Kemudian buat adunan tersebut berbentuk bulat dan diterap dalam acuan tat (jangan terlalu tebal)
4. Cucuk dengan garfu untuk hilangkan gelembung angin
5. Bakar selama 10 minit pada suhu180C
6. Untuk filling kastad gaul semua bahan perlahan hingga sebati
7. Tuang ke atas kulit tat yang telah dibakar...
8. Bakar semula biasanya saya akan bakar selama 15 minit hingga 20 minit pada suhu 180C bergantung kepada saiz acuan yang digunakan....

  Print This Page

Wednesday, June 1, 2011

01.06.2011........BUAT INSAN TERSAYANG......


ASSALAMUALAIKUM.......

Suda 4 bulan blog ini tidak terusik dek tuanya......

Hari ini...aku agak bersemangat untuk menulis lagi.....

Ucapan Selamat Ulang Tahun Buat Mamaku.......

Anakmu ini sangggggggggat sayangggggggggg padamu.....

Maafkan lah segala dosaku Mama........

Doaku agar mama sentiasa bersama kami semua

Berkongsi segala kenangan bersama.....

Kerana tanpamu segalanya tidak lengkap....



Print This Page

Wednesday, January 5, 2011

Kuih Sawallah

 Assalamualaikum......

Kuih Sawallah....ini adalah kuih yang biasanya dibuat buat oleh orang Bugis....mungkin juga kuih ini biasa dibuat oleh kaum lain cuma nama/panggilan sahaja berbeza....

Resepi kali ini...adalah air tangan mamaku....pagi tu minta mama buat kuih sawallah sebab teringin sangat mau makan....kuih ini kesukaan suamiku...buat pagi tu..boleh pulak dia mencari petang tu..confirmlah habis...bahan yang mudah dan sangat2 sedap dimakan panas / sejuk....

Bahan -bahan
  1. 400gm Tepung pulut (1 bungkus)
  2. 1 biji kelapa yang diparut tanpa diambil isi yang berwarna hitam..hanya ambil yang putih saja
  3. 4 sudu besar gula pasir
  4. 300gm gula merah
  5. Air secukupnya.
Cara -cara
1.  Tepung pulut dan gula pasir digaul bersama dan dicampurkan air hingga menjadi doh yang lembut.
2.  Ambil sedikit adunan doh dan buat seperti gambar dibawah.


3.  Kemudia digoreng dalam minyak yang banyak...setelah kekuningan angkat dan ketepikan


4.  Masak Gula merah menggunakan api yang sederhana...sehingga gula menjadi 'tua'


5.  Cara untuk mengetahui gula merah tersebut telah 'tua'ambil sedikit kemudian tuangkan ke dalam mangkuk  yang berisi air. Jika ianya cair bersama air maka gula tersebut belum lagi 'tua'sebaliknya jika gula yang  dituang ke dalam mangkuk yang berisi air mempunyai bentuk dan bila diambil ia masih bebentuk maka gula anda telah 'tua'.


6. Kemudian campurkan kuih yang telah digoreng bersama gula yang telah tua dan gaul dengan api yang perlahan sehingga sebati dan gula betul-betul kering.

Inilah hasilnya...sedia untuk dimakan

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, January 4, 2011

Kek Sarang Semut

Assalamualaikum.....

Jom kita kongsi resepi Kek Sarang Semut..resepi ini macam biasalah ambik dari Dapur Tanpa Sempadan  (Terima kasih En.Mat Gebu)...

Rupa kek yang aku buat ini tidaklah seindah kek Mat Gebu kita tu....masih perlu belajar lagi.....harap2 percubaan akan datang kek sarang semut ini warnanya lebih gelap dan lebih kembang serta lebih berlubang..segalanya serba lebih....



Tapi kek ini tidak sampai sehari telah habis dimakan oleh isi rumah yang kelaparan....buat petang ingatkan besok pagi bolehlah buat sarapan....last2 tinggal 2 ketul....itu bermakna walaupun rupa bentuk tidaklah sehebat mana telah habis..... lagi menaikkan semangatku untuk membuatnya lagi....

BAHAN-BAHANNYA


1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 camca besar mentega
1 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh soda bicarbonata*(*digaul dan diayak)
4 biji telur
1/2 camca teh esen vanilla

CARA-CARA

1.    Masukkan gula pasir dalam periuk, masak hingga gula cair dan menjadi perang, tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata (berhati2, sebab masa tuang air, gula tadi akan memercik). Masukkan mentega, kacau hingga cair dan sejukkan.

 beginilah rupa telur yang putar hingga kembang dan telah dimasukkan susu dan tepung....

2.   Putar telur hingga kembang dan pekat, masukkan susu pekat manis, kacau rata. Masukkan tepung, kacau rata dan akhir sekali masukkan no. 1 dan juga esen vanilla. Gaul rata dan perap adunan 2 - 3 jam.


setelah no.1 dicampurkan dan menunggu untuk diperap selama 2-3jam 

3.   Tuang dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan alas dasar tin (mat guna tin 8 x 6 x 3 inci) dengan aluminium foil, lenser juga aluminium tadi, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau hingga masak, bergantung pada oven masing. Sejukkan sebelum dipotong...

 Dan beginilah rupa kek sarang semut yang siap.....

     
setelah dipotong kecil dan siap untuk dimakan

 SELAMAT MENCUBA ...HARAP PERCUBAAN ANDA LEBIH BERHASIL....
Print This Page


Monday, January 3, 2011

Koleksi Manik

Assalamualaikum.........

Selamat menyambut kedatangan tahun 2011 dan selamat tinggal tahun 2010 yang banyak meninggalkan kenangan....Harapan semaga tahun ini akan mencipta kenangan yang indah untuk saya sekeluarga juga untuk semua...

sumber:google.com

N3 kali ini saya ingin berkongsi koleksi manik yang saya gunakan semasa menjahit manik...tapi koleksi ini tidaklah sebanyak mana..dan masih boleh diketegorikan koleksi yang kurang lengkap/serba kekurangan...


 Bekas yang digunakan untuk menyimpan manik....

 beginilah rupa...manik2 yang disumbat.....


Manik yang masih belum digunakan....








 


Print This Page

Wednesday, December 29, 2010

Manik Bunga V.1

Assalamualaikum

Masa untuk mengupdate blog di saat-saat pengakhiran tahun 2010 yang cuma tinggal beberapa hari saja lagi untuk ditinggalkan... Manik Bunga V.1..insyaALLAH akan ada idea dan kerajinan untuk menghasilkan manik bunga versi 2.....

 Inilah hasilnya....cuma dibahagian tangan baju saya menggunakan corak sisik ikan yang sangat simple dan mudah untuk dijahit...tapi sangat tidak sesuai dijahit dibahagian leher baju...(bukan apa takut labuci tersebut menyangkut di rambut)


 Corak bunga yang lebih jelas.....


InsyaALLAH ada masa kita akan berkongsi cara bagaimana untuk menghasilkan manik bunga ini....

Print This Page
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...