Wednesday, January 5, 2011

Kuih Sawallah

 Assalamualaikum......

Kuih Sawallah....ini adalah kuih yang biasanya dibuat buat oleh orang Bugis....mungkin juga kuih ini biasa dibuat oleh kaum lain cuma nama/panggilan sahaja berbeza....

Resepi kali ini...adalah air tangan mamaku....pagi tu minta mama buat kuih sawallah sebab teringin sangat mau makan....kuih ini kesukaan suamiku...buat pagi tu..boleh pulak dia mencari petang tu..confirmlah habis...bahan yang mudah dan sangat2 sedap dimakan panas / sejuk....

Bahan -bahan
  1. 400gm Tepung pulut (1 bungkus)
  2. 1 biji kelapa yang diparut tanpa diambil isi yang berwarna hitam..hanya ambil yang putih saja
  3. 4 sudu besar gula pasir
  4. 300gm gula merah
  5. Air secukupnya.
Cara -cara
1.  Tepung pulut dan gula pasir digaul bersama dan dicampurkan air hingga menjadi doh yang lembut.
2.  Ambil sedikit adunan doh dan buat seperti gambar dibawah.


3.  Kemudia digoreng dalam minyak yang banyak...setelah kekuningan angkat dan ketepikan


4.  Masak Gula merah menggunakan api yang sederhana...sehingga gula menjadi 'tua'


5.  Cara untuk mengetahui gula merah tersebut telah 'tua'ambil sedikit kemudian tuangkan ke dalam mangkuk  yang berisi air. Jika ianya cair bersama air maka gula tersebut belum lagi 'tua'sebaliknya jika gula yang  dituang ke dalam mangkuk yang berisi air mempunyai bentuk dan bila diambil ia masih bebentuk maka gula anda telah 'tua'.


6. Kemudian campurkan kuih yang telah digoreng bersama gula yang telah tua dan gaul dengan api yang perlahan sehingga sebati dan gula betul-betul kering.

Inilah hasilnya...sedia untuk dimakan

SELAMAT MENCUBA

4 comments:

  1. aku tau ni kui tp x tau pula apa specific name nya hahah yg aku tau kui pulut hahaha

    ReplyDelete
  2. kuih fevret laki ku jgk.. tnyata selera dan hobi dia sama asry tu sama.. hahaha.. kalu ada masa blh la buat.. msti husband ku kesukaan

    ReplyDelete
  3. Bru dlm 2,3 thn ni taw nma kuih ni kuih sawalla... slalu pggil Kuih Bugis ja n jiran yg brbgsa Bugis cni pun pggil kuih ni Kuih Bugis... mmg peberet sjak sy bdak2

    ReplyDelete
  4. Saya tlh mencubanya. Terima kasih berkongsi resipi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...