Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

Kuih Sawallah

 Assalamualaikum......

Kuih Sawallah....ini adalah kuih yang biasanya dibuat buat oleh orang Bugis....mungkin juga kuih ini biasa dibuat oleh kaum lain cuma nama/panggilan sahaja berbeza....

Resepi kali ini...adalah air tangan mamaku....pagi tu minta mama buat kuih sawallah sebab teringin sangat mau makan....kuih ini kesukaan suamiku...buat pagi tu..boleh pulak dia mencari petang tu..confirmlah habis...bahan yang mudah dan sangat2 sedap dimakan panas / sejuk....

Bahan -bahan
  1. 400gm Tepung pulut (1 bungkus)
  2. 1 biji kelapa yang diparut tanpa diambil isi yang berwarna hitam..hanya ambil yang putih saja
  3. 4 sudu besar gula pasir
  4. 300gm gula merah
  5. Air secukupnya.
Cara -cara
1.  Tepung pulut dan gula pasir digaul bersama dan dicampurkan air hingga menjadi doh yang lembut.
2.  Ambil sedikit adunan doh dan buat seperti gambar dibawah.


3.  Kemudia digoreng dalam minyak yang banyak...setelah kekuningan angkat dan ketepikan


4.  Masak Gula merah menggunakan api yang sederhana...sehingga gula menjadi 'tua'


5.  Cara untuk mengetahui gula merah tersebut telah 'tua'ambil sedikit kemudian tuangkan ke dalam mangkuk  yang berisi air. Jika ianya cair bersama air maka gula tersebut belum lagi 'tua'sebaliknya jika gula yang  dituang ke dalam mangkuk yang berisi air mempunyai bentuk dan bila diambil ia masih bebentuk maka gula anda telah 'tua'.


6. Kemudian campurkan kuih yang telah digoreng bersama gula yang telah tua dan gaul dengan api yang perlahan sehingga sebati dan gula betul-betul kering.

Inilah hasilnya...sedia untuk dimakan

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, January 4, 2011

Kek Sarang Semut

Assalamualaikum.....

Jom kita kongsi resepi Kek Sarang Semut..resepi ini macam biasalah ambik dari Dapur Tanpa Sempadan  (Terima kasih En.Mat Gebu)...

Rupa kek yang aku buat ini tidaklah seindah kek Mat Gebu kita tu....masih perlu belajar lagi.....harap2 percubaan akan datang kek sarang semut ini warnanya lebih gelap dan lebih kembang serta lebih berlubang..segalanya serba lebih....



Tapi kek ini tidak sampai sehari telah habis dimakan oleh isi rumah yang kelaparan....buat petang ingatkan besok pagi bolehlah buat sarapan....last2 tinggal 2 ketul....itu bermakna walaupun rupa bentuk tidaklah sehebat mana telah habis..... lagi menaikkan semangatku untuk membuatnya lagi....

BAHAN-BAHANNYA


1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 camca besar mentega
1 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh soda bicarbonata*(*digaul dan diayak)
4 biji telur
1/2 camca teh esen vanilla

CARA-CARA

1.    Masukkan gula pasir dalam periuk, masak hingga gula cair dan menjadi perang, tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata (berhati2, sebab masa tuang air, gula tadi akan memercik). Masukkan mentega, kacau hingga cair dan sejukkan.

 beginilah rupa telur yang putar hingga kembang dan telah dimasukkan susu dan tepung....

2.   Putar telur hingga kembang dan pekat, masukkan susu pekat manis, kacau rata. Masukkan tepung, kacau rata dan akhir sekali masukkan no. 1 dan juga esen vanilla. Gaul rata dan perap adunan 2 - 3 jam.


setelah no.1 dicampurkan dan menunggu untuk diperap selama 2-3jam 

3.   Tuang dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan alas dasar tin (mat guna tin 8 x 6 x 3 inci) dengan aluminium foil, lenser juga aluminium tadi, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau hingga masak, bergantung pada oven masing. Sejukkan sebelum dipotong...

 Dan beginilah rupa kek sarang semut yang siap.....

     
setelah dipotong kecil dan siap untuk dimakan

 SELAMAT MENCUBA ...HARAP PERCUBAAN ANDA LEBIH BERHASIL....
Print This Page


Wednesday, December 29, 2010

Sambal Daun Kemangi

Assalamualaikum....

Jom kita kongsi resepi Sambal Daun Kemangi (Cema'gie).....Sambal ini lagi sedap kalau dicicah dengan ubi kayu rebus...memang gandingan yang mantop.....


Inilah daun kemangi....yang ditanam sendiri (aktiviti mamaku)

 
Bahan-Bahan

1 Biji Bawang Besar
20 Biji Cili Padi (kalau suka pedas tambah lagi)
4 biji tomato dihiris halus
1 Tangkai Daun Kemangi
1 Suda Besar Gula Merah
1 Inci Belacan
Udang Kecil (cencaluk - Option) - kalau tiada pun boleh
Garam Secukup Rasa
Sedikit Gula Pasir

Cara-cara
  1. Tumis bawang besar hingga naik bau...masukkan tomato masak hingga tomato hancur tambahkan minyak jika sedikit kering.
  2. Masukkan cili padi yang telah ditumbuk bersama belacan dan garam.
  3. Masukkan daun kemangi, cencaluk, gula merah dan sedikit gula pasir.....
  4. Siap untuk dihidang
jemput makan....
SELAMAT MENCUBA

Print This Page

Thursday, November 25, 2010

Kek Marble

Assalamualaikum.....

Kali ni kita berkongsi satu resepi yang diambik dari Mat Gebu........(Sebenarnya kek ni saya buat sehari lepas raya qurban..tetapi dek masalah teknikal maka hari ini ter'publish'kek marble yang telah sekian lama disimpan sbg draf)

Seperti biasa setiap kali ada N3 terbaru dari Mat Gebu saya pasti akan singgah ke blog beliau.....kali ni menjenguk ke bhgn kek mencari bahan yang paling mudah dan senang..Akhirnya resepi kek marble ni juga cuba dibuat...Alhamdulillah hasilnya memuaskan.

Tapi saya hanya menggunakan separuh dari pada bahan yang digunakan...maklumlah percubaan pertama kena buat sikit-sikit takut tidak menjadi...(yelah saya ni bukannya pakar mcm Mat Gebu kita)


Bahan-Bahannya

***Saya hanya menggunakan separuh dari ukuran dibawah***

300 g mentega (guna high quality butter) - saya guna brand butter cup
280 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan, diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60g sebiji dengan kulit) - seperti biasa guna telur gred B klu ikut ukuran seprauh saya guna 3 biji
250 g gula pasir
1 camca besar ovallate (cake stabilizer)
30 g gliserin (boleh ganti dengan susu sejat) - saya gunakan susu sejat dlm
20 g air
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar coklat emulco

Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin bulat berukuran 9 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga kembang dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gunakan kelajuan perlahan. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula pasir dan ovallate, putar perlahan hingga gula dan ovallate bergaul rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kuih baulu.
  4. Perlahan kan speed dan masukkan no. 2 perlahan2 sehingga habis, putar sebati. Masukkan esen vanilla, gliserin dan air, kacau rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian sama banyak, satu biar pada warna asal dan satu lagi campur dengan coklat emulco, kacau rata.
  5. Sudukan ke dalam tin kek tadi secara berselang-seli, dan buat hingga siap. Kemudian, ambik pisau atau chostick, buat beberapa lorekkan pada adunan kek tadi, cukup sekadar 3 - 4 kali lorekkan. Bakar 50 - 55 minit atau hingga kuning keemasan, check dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak.Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotog
***Petua dari qaseehatikuqaseeh.blogspot.com yang sangat mujarab.....gunakan satu bekas disimpan sedikit air dan diletakkan dibawah acuan kek yang hendak dibakar agar kek marble tidak tidak terlalu kering.....Hasil dari mencuba petua ini kek marble saya menjadi lebih gebu dan lembab ***

Tuesday, November 16, 2010

BURASA


Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha yang mulia ni...seperti biasa kami akan sibuk untuk menyediakan Burasa (yang juga di sebut Buras)...

  

 

Burasa ini adalah merupakan makanan tradisi orang Bugis yang biasanya akan dihidangan untuk tetamu yang datang berkunjung pada Hari Raya Aidilfitri/Aidiladha dan lebih enak jika dimakan bersama Ayam Masak Likku (ayam masak lengkuas)/ Ayam Masak Merah mahupun Rendang Ayam/Daging.

Burasa ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu Burasa Ko'wak dan Burasa Pulut....Bahan yang diperlukan untuk membuat burasa ini sungguh mudah tetapi memerlukan masa yang lama untuk memasak.

Jika dikampung-kampung Burasa dimasak menggunakan kayu api, dan tempoh untuk memasak lebih lama (anggaran 5-6 atau lebih lama ) dan api dan air perlu sentiasa dijaga. Bagaimanapun, kini ramai yang lebih gemar memasak menggunakan dapur gas terutamanya yang tinggal dikawasan perumahan.

Bahan-Bahan (Anggaran 2kg Beras)
  1. 2 kg Beras (untuk menyediakan Burasa Ko'wak) 2 kg Beras Pulut (untuk menyediakan Burasa Pulut)
  2. 2 Biji Kelapa (diambil santan)
  3. Sedikit garam
  4. Daun pisang
  5. Tali rapiah

santan yang sedang di didihkan


Beginilah rupa beras yang telah dicampur santan dan siap untuk dibungkus
( untuk membuat Burasa Ko'wak)

Beginilah rupa beras pulut yang telah dicampur santan dan siap untuk dibungkus
 (untuk membuat Burasa Pulut)
Periuk yang digunakan untuk memasak Burasa


Cara-cara
  1. Basuh beras hingga bersih (seperti hendak memasak nasi)
  2. Didihkan santan dan bubuh sedikit garam
  3. Setelah mendidih masukkan beras dan gaul hingga sebati bersama santan (jangan sampai santan pecah minyak...bila adunan agak kering tutup api dan angkat)
  4. Bungkus dengan menggunakan daun dan diikat menggunakan tali rapiah
  5. Di sini teknik mengikat sangat penting kerana teknik mengikat yang tidak betul akan menyebabkan Burasa akan menjadi lembik.
  6. Masak Burasa seperti kita merebus dengan memasukkan air dan Burasa disertakan dengan lebihan keratan daun pisang.
  7. Masak lebih kurang 3-4 jam di atas dapur api.....Burasa boleh tahan sehingga 4 - 5 hari....


Beginilah rupa burasa yang telah siap dimasak
Saya bangga menjadi sebahagian daripada anak-anak Bugis...yang dapat merasa keistimewaannya (tiada niat berbaur perkauman ok)..kerana setiap kaum mempunyai keistimewaan tersendiri....jadi kita semua harus berbangga.....

Monday, November 15, 2010

Apam Pelangi

Beginilah rupa apam yang telah siap dikukus....menunggu untuk disejukkan

Resepi Apam Pelangi dapat dari Mat Gebu....Kali ni apam yang saya buat pun berjerawat juga tapi taklah sebesar jerawat Mat Gebu...kikikiki...Rasa apam ni lebih kurang Kuih Seri Ayu cuma tidak bubuh kelapa....


Siap untuk dipotong setelah sejuk
Bahan-Bahan

2 biji telur gred A (masa buat telur gred A xda, saya guna telur gred B dalam 3 biji)
1 camca teh ovallate
1 camca teh esen vanilla
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan ayak)
90 gram gula halus
125 ml santan pekat segar (guna santan kotak pun ok)
Pewarna makanan ikut suka (saya guna pewarna hijau dan emulco coklat)



Siap untuk dimakan
Cara-Cara
  1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan. (saya guna yang bulat dan hanya sapukan mentega tak guna kertas minyak...hehe sebab tiada) 
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga pekat, perlu pastikan yang adunan tersebut betul-betul pekat.
  3. Perlahankan speed, tuang santan dan esen vanilla, putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul sebati.
  4. Bagi adunan pada 3 bahagian, letak warna kegemaran pada setiap bahagian tadi (saya guna warna hijau, coklat dan adunan yang satu guna warna asal)
  5. Sudukan secara bergilir2 setiap warna buat hingga siap.
  6. Kukus 30 minit gunakan api sederhana. Balut penutup pengukus dengan kain bersih agar air tidak menitis pada apam.
  7. Bila masak, sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari tin. Boleh hidangkan.
SELAMAT MENCUBA

Wednesday, November 3, 2010

Kek Coklat Moist Versi Kukus


Resepi ni memang best dan senang mau buat....resepi ni dpt dari SHanim Hanim @kongsi resepi (Facebook)
gambar kek yang telah dipotong kecil2 bagi memudahkan si'kecik'tuk makan

Topping tu sapa yang rajin bolehlah buat....1st try mmg guna serbuk koko van hauten lepas tu kali ke-2, ke-3 dan seterusnya guna sebuk koko yang biasa beli di kedai Bake With Me....lebih murah...
Tapi klu mau banding beza kedua serbuk koko ini penggunaan serbuk koko van hauten ini akan menghasilkan kek yang lebih sedap....bukan bererti penggunaan serbuk kok yang biasa tu tak sedap..tapi umhh tidak sehebat penggunaan jenama van hauten....
Kek coklat tanpa topping...
Bahan-bahan
• 2 cawan tepung blue key (berserbuk penaik) 
• 1 cawan gula
• 1 cawan susu pekat manis
• 1 cawan milo
• 1 cawan serbuk koko vochelle / van hauten
• 4 biji telur ayam
• 1 cawan minyak masak
• 1 cawan air panas
Topping
• 3 sudu besar susu pekat
• 1/4 cawan serbuk koko van houten
• 2 sudu besar buttercup
• 2 sudu besar susu segar
(masak semua bahan secara double boil)


Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan2 dalam mangkuk besar....
  2. Kacau dengan sudip besar..kacau tangan je...jangan guna mixer...nanti telebih  naik....takjadi
  3. Bila semua bahan2 dah sebati dalam 5 minit je kacaunye....
  4. Sapukan loyang pembakar dengan marjerin/planta
  5. Then boleh ditapis adunan yag dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantekkkk
  6. Didihkan periuk pengukus, balut penutup periuk dengan kain bagi mengelakkan air menitis ke atas kek dan kukus selama 45 minit - 1 jam (cucuk kek dengan lidi utk memastikan kek sudah masak)
  7. Dah siap...kalo nak letak topping lagik best....
  8. Double boil tu... panaskan air dlm periuk kecik (letak atas api) ...pastu dlm periuk besar sikit (mangkuk tahan panas pun leh) masuk masukkan bahan topping tu....
  9. Letak atas periuk yg ada air panas tu...kacau sampai bahan2 tu jadi pes coklat....
  10. Dah tu sapu atas kek bila kek tu dah sejuk...

SELAMAT MENCUBA....
 



Monday, October 25, 2010

Kek Pisang Kukus


Tak ingat pemilik asal resepi ni...time ambil resepi ni main salin jak
Maaflah kepada pemilik resepi ni...mohon izin tuk kongsi bersama
resepi yang simple dan sedap ni...

Klu ikut resepi asal guna pisang berangan tapi time buat kek ni pisang emas
jak yg ada.

Bahan-bahan

3 biji telur
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 cawan pisang lenyek (pisang berangan anggaran 3 biji)
1 sb sodabikarbonat
1 sk baking powder

Cara-cara

Pukul telur dan gula hingga kembang
Masukkan tepung gandum, pisang yang telah dilenyek,
soda bikabornat dan baking powder kacau hingga sebati

Sapu acuan dengan marjerin/planta, kemudian tuangan ke dalam
acuan dan kukus selama 20 minit

Balut penutup dengan kain bersih bagi mengelakkan air menitis ke atas kek
gunakan lidi untuk memastikan kek telah masak

SELAMAT MENCUBA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...