Wednesday, December 29, 2010

Manik Bunga V.1

Assalamualaikum

Masa untuk mengupdate blog di saat-saat pengakhiran tahun 2010 yang cuma tinggal beberapa hari saja lagi untuk ditinggalkan... Manik Bunga V.1..insyaALLAH akan ada idea dan kerajinan untuk menghasilkan manik bunga versi 2.....

 Inilah hasilnya....cuma dibahagian tangan baju saya menggunakan corak sisik ikan yang sangat simple dan mudah untuk dijahit...tapi sangat tidak sesuai dijahit dibahagian leher baju...(bukan apa takut labuci tersebut menyangkut di rambut)


 Corak bunga yang lebih jelas.....


InsyaALLAH ada masa kita akan berkongsi cara bagaimana untuk menghasilkan manik bunga ini....

Print This Page

Sambal Daun Kemangi

Assalamualaikum....

Jom kita kongsi resepi Sambal Daun Kemangi (Cema'gie).....Sambal ini lagi sedap kalau dicicah dengan ubi kayu rebus...memang gandingan yang mantop.....


Inilah daun kemangi....yang ditanam sendiri (aktiviti mamaku)

 
Bahan-Bahan

1 Biji Bawang Besar
20 Biji Cili Padi (kalau suka pedas tambah lagi)
4 biji tomato dihiris halus
1 Tangkai Daun Kemangi
1 Suda Besar Gula Merah
1 Inci Belacan
Udang Kecil (cencaluk - Option) - kalau tiada pun boleh
Garam Secukup Rasa
Sedikit Gula Pasir

Cara-cara
  1. Tumis bawang besar hingga naik bau...masukkan tomato masak hingga tomato hancur tambahkan minyak jika sedikit kering.
  2. Masukkan cili padi yang telah ditumbuk bersama belacan dan garam.
  3. Masukkan daun kemangi, cencaluk, gula merah dan sedikit gula pasir.....
  4. Siap untuk dihidang
jemput makan....
SELAMAT MENCUBA

Print This Page

Gambar Yang Terlewat

Assalamualaikum.....

Kali ini baru ada kesempatan untuk meng├║pload gambar yang terlewat


Kek yang diberikan oleh Kak Nora
Blueberry Cheesecake yang sedap......bilalah baru dapat buat kek ni....


Ini pula kek untuk bulat....Kek Black Forest

Al maklumlah tiada majlis dibuat untuk meraihkan 2 insan yang bertuah ini

....jadi hari tu hanya aktiviti menghabiskan kek yang ada...
Budak-budak ini cuma menghabiskan fresh cream jak...yang lain ditolaknya sama mamanya.....
kamu ni nak klu mcm ni bilalah mama mau kurus....


Tqvm tu my geng..Nanie....Hadiah untuk bulat....dan clip shawls yang comel.......
dan tqvm to kak nora tuk tudung pink......

Tuesday, December 21, 2010

Happy 1st Birthday to My Bulat - 20.12.2010



Assalamualaikum.....

Buat anakku Adriana Batrisyia @ Bulat selamat ulang tahun yang pertama....
Semoga menjadi anak yang soleha, anak yang bijak dan mempunyai akhlah yang mulia...
dengar cakap mama, ayah, nenek, atok, nana, pakcik, adam & kakak ok....

Juga selamat ulang tahun kepada mama bulat (me)....hehe bertuah kan mama dan anak sama-sama
sambut hari lahir yang sama...Teringat pulak tahun lepas sambut birthday di wad bersalin masa tu bulat dilahirkan pada 20.12.2010 jam 12.49 a.m dan mama bulat pulak beza 1 jam dari anaknya

Untuk Kak Nora Thanks sebab bagi blueberry cheesecake yang sedap tu...nnt saya upload gambar kek ok..
kebetulan pulak tengah sibuk...
InsyaALLAH akan diupload.... 


Print This Page

Thursday, December 9, 2010

Ohhh Tidak Gegendang Telingaku Bengkok

Assalamualaikum...

Baru semalam kami selamat smpi dari melawat nenek yang sedang sakit di Tawau (perjalanan lebih 500km)
daoakan kesihatan nenekku yang tercinta agar dia kuat untuk melaluinya.....

Tidak tahu kenapa semalam sampai di Ranau tetiba pulak telinga ini rasa tidak selesa apa lagi seperti yang selalu aku lakukan menutup hidung dgn tangan dan ku hembus udara keluar dari telinga...tapi kali ini percubaan ku gagal....alamak sakitnya.....

sumber google.com

Menurut kata doktor gegendang telingaku bengkok....tiada ubat yang boleh diberi untuk mengubati hanya masa sebagai ganti......menurutnya lagi dlm tempoh seminggu gegendang akan pulih dengan sendiri tapi aku diberi ubah tahan sakit...masalahnya malam tu aku rasa mcm sakit mau besalin pulak...badanku lemah, rasa mcm mau demam yang paling aku tidak tahan isi-isi dalam telinga ku ni macam mau terkeluar.....

Ingat mau MC suda besok..... paginya sakit telingaku kurang sikit...kali ini aku rasa mcm kurang pendengaran bila org bercakap aku dengar nda dengar...dan yg paling sadis suaraku sendiri pun aku nda berapa jelas..nda dpt ku control volume suaraku...kuatkah perlahan aku pun nda pasti....

 
sumber google.com

Lagi satu bunyi dengungan sepanjang masa yg ku dengar sangat2 tidak selesa....Dering di telinga (tinnitus)...
Apapun syukurlah sebab gegendang tidak pecah........pangajarannya disini jangan lagi buat apa yang selalu aku buat....kali ini aku menghitung hari detik demi detik....

Beberapa petua yang aku diberi untuk mempercepatkan telingaku sembuh..
  1. cuba ko kaci masuk air d telinga pastu kaci keluar balik... ada lg guna rambut pastu tiup telinga...
  2. siapa yg ada rambut panjang gengam pastu kaci tekap d telinga mu pastu tiup... sma ko gemgam jari mu  macam penumbuk tue pastu ko tiup then kaci tekap d telinga... ko cuba la mana2 ja yg berkesan... nda salah mencuba kan... aku tanya2 org opis djwp bgtu macam nda logik tpi cuba ja la... nda juga membahayakan... hehehehee Insyaallah berkesan....
  3. Daun kelor di rendam sekejap air lalu diperah airnya ke mata..rasanya sangat pedih
  4. mungkin ko kurang zat besi..ni pnyakit ndak bleh d rawat cuma bleh d cegah..aku rasa ko byk mdengar ni...atau ko memang pndengar yg baik...(ni petua salah seorang dr kwnku..tqvm Doktor Degunture Wenger Gunner )

Tuesday, November 30, 2010

AKIKAH.....

Assalamualaikum.....


Kali ni saya ingin berkongsi beberapa info yang sering mejadi kekeliruan / beberapa persoalan yang diutarakan berkaitan dengan Akikah....

Anakku yang bakal melalui hari akikah

APA ITU AKIKAH?????

Maka jawabnya maksud akikah ialah menyembelih binatang korban dengan sebab kurnian anak melalui kelahiran. Ulama’ membuat pelbagai takrif mengenai akikah ini tapi inilah sebahagian daripada takrif akikah.


Yang dimaksudkan akikah bukan anak itu tapi sembelih binatang itu. Binatang korban ialah binatang yang sah dijadikan korban iaitu kambing biri-biri, lembu, kerbau dan unta.


Tujuan akikah ialah menunjukkan tanda rasa bersyukur kita kepada Allah kerana anak ini lebih bernilai dari harta benda.


Kelebihan akikah ialah anak itu, katanya setengah ulama’, tergadailah kebajikannya itu maksudnya dia berada dalam keadaan tenang atau lega tidaklah dalam keadaan terhutang-hutang.


(terima kasih kepada http://sahabatmusleem.blogspot.com/2010/07/akikah-info.html )

kambing oh kambing.......


AKIKAH SELAIN KAMBING???

Aqiqah disunatkan keatasnya menyembelih kambing, sebagaimana yang dinyatakan didalam Fiqh al-Manhaji :-


"Akan tetapi adalah lebih baik (afdal) walinya menyembelih 2 kambing bagi anak lelaki dan 1 kambing bagi anak perempuan" [Fiqh al-Manhaji 1/490]


Dalilnya sebagaimana yang diriwayatkan oleh A'isyah ra katanya :


"Sesungguhnya Rasulullah saw mengarahkan mereka menyembelih 2 kambing yang serupa bagi anak lelaki dan 1 bagi anak perempuan" -[Hadith riwayat al-Tirmudzi; beliau mengatakan Hasan Sahih; Ibn Majah %3163, Sahih al-Tirmudzi #1221].


Selain dari kambing, ulama' khilaf mengenai hukumnya. Jumhur ulama' Mazhab mengatakan boleh kecuali Mazhab al-Zahiriyyah. Dalilnya, dari Kitab penulisan al-Iraqi, dari sanad hasan, dari Anas ra, bahawa Nabi saw bersabda :-


"Barangsiapa yang melahirkan anak lelaki, maka beraqiqahlah dengannya Unta, Lembu atau Kambing" - [hadith riwayat al-Tabarani].


Berikut kami simpulkan dari Ensaiklopedia Fiqh Kuwait :-


Mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali bersetuju bahawa binatang yang ingin diaqiqahkan diperbolehkan sebagaimana binatang korban seperti Unta, Lembu dan Kambing, dipersetuji oleh 2 pandangan Malik. Selainnya mengatakan bahawa hanya boleh beraqiqah menggunakan kambing. Mereka berbeza pendapat mengenai berapa bahagiannya:-


a. Mazhab Syafie :- membahagikan aqiqah sebagaimana melakukan korban; iaitu 1 kambing atau 1/7 Unta atau 1/7 Lembu.
b. Mazhab Maliki dan Hanbali :- satu lembu seluruhnya, atau satu Unta seluruhnya.


Kesimpulannya, seafdhal binatang aqiqah adalah kambing, akan tetapi jumhur ulama' menyatakan bahawa bintang yang boleh di aqiqahkan menyamai binatang korban. Akan tetapi mazhab2 tersebut berbeza pandangan mengenai jumlah bahagiannya. WA.


(terima kasih http://makanansembelihan.blogspot.com/2010/01/lebihan-tulang-aqiqah-kena-ditanam.html)



LEBIHAN TULANG KENA TANAM???

Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan.


Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah hadith Nabi :saw :-


Berkata Ibn Mas'ud ra : 'Rasulullah :saw berkata : Salah seorang dari kalangan Jin telah memanggilku, dan Aku pergi bersamanya, membaca al-Quran kepada mereka.' Dia membawa kami melihat kesan mereka dan kesan api mereka, dan mereka bertanya baginda mengenai makanan dan baginda bersabda : 'Bagi kamu semua TULANG yang disebut nama Allah yang kamu perolehi, bagi DAGING pula, dan semua lebihannya bagi binatang kamu'. Nabi :saw bersabda : 'Maka jangan kamu beristijak (membersihkan diri) dengannya, kerana ia adalah makanan yang diperuntukan kepada saudara kamu' [Hadith riwayat Muslim #450].


(terima kasih http://makanansembelihan.blogspot.com/2010/01/lebihan-tulang-aqiqah-kena-ditanam.html)

Hadith ini menjelaskan bahawa :


a. Nabi :saw membacakan al-Quran kepada Jin Islam


b. Tulang binatang sembelihan yang disebut nama Allah adalah makanan kepada Jin Islam.


c. Lebihan daging itu pula adalah makanan kepada binatang.


d. Larangan beristinjak dengan tulang


e. Ada dikalangan ulama yang mengatakan bahawa Jin yang kufur akan memakan tulang yang tidak disembelih dengan nama Allah.


Kesimpulannya adalah tidak ada nas yang menyuruh menanam tulang binatang aqiqah selepas selesai memakan dagingnya. Perintah larang yang ada adalah seseorang itu tidak boleh beristinjak menggunakan tulang binatang yang disembelih dengan nama Allah swt kerana tulang itu adalah makanan saudara kita seIslam, iaitu Jin Islam. WA.


(terima kasih http://makanansembelihan.blogspot.com/2010/01/lebihan-tulang-aqiqah-kena-ditanam.html)


PEMBAHAGIAN DAGING AKIKAH???

Mengenai pengagihan daging tersebut, berikut kami paparkan dalil-dalinya :-


Diriwayat bahawa 'Aisyah ra. berkata mengenai daging aqiqah :-


"Ia hendaklah di potong berkeping2, kemudian dimakan dan diberi kepada yang lain" [Riwayat Ibn Abi Shaibah didalam al-Musannaf, 5]


Di riwayatkan bahawa Ibn Sirin dan Hasan al-Basri berkata :


"Sesungguhnya disisi mereka bahawa aqiqah dianggap seperti korban, dimakan (sebahagian) dan diberi (sebahagian)" [Riwayat Ibn Abi Shaibah]


Berkata Ibn Hazm rh :-


"Aqiqah hendaklah di makan sebahagiannya, diberi sebagai hadiah dan disedekahkan" [al-Muhallaa].


Daging aqiqah tersebut bolehlah diagih ke masjid, diberi kepada tetamu yang datang kerumah untuk kenduri cukur rambut(seperti mana yang di rancangan) dan tidak lupa juga jika ada lebih, diberikan sebagai sedekah kepada kafir miskin.


Anda juga boleh mengagih daging tersebut secara mentah atau memasaknya dan diberikan kepada orang miskin, saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai dsb [Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah, 11/442]. WA.


(terima kasih http://makanansembelihan.blogspot.com/2010/01/lebihan-tulang-aqiqah-kena-ditanam.html)


PEMBERIAN DAGING KORBAN KEPADA BUKAN ISLAM???

Sheikh Dr Abdullah Al-Faqih didalam komentarnya terhadap pemberian daging korban kepada orang kafir, kata beliau :


"Tidak ada masalah untuk memberi orang kafir dan diantara mereka juga termasuk orang miskin dan fakir, kaum keluarga, jiran atau mana-mana komposisinya, kerana nabi saw bersabda didalam sebuah hadith yang dipersetujui oleh semua (al-Mutafaq) yang diriwayatkan oleh Asmaa' bt Abu Bakar Al-Sidiq ra : "Anda kekalkan hubungan yang baik dengan ibu anda", telah maklum bahawa ibu Asmaa' adalah seorang kafir Quraish yang tidak beriman." [sumber : http://www.islamweb.net/php/php_arabic/ ... on=FatwaId ]


Fatwa ini menunjukkan bahawa seorang ibu yang masih kafir boleh menerima korban si-anak atas dasar berlaku baik kepada kedua ibu-bapa, begitulah juga dengan jiran dan kaum keluarga yang masih tidak beriman.


Islam membenarkan daging korban diberikan kepada orang kafir asalkan mereka tidak terlibat memerangi dan menzalimi orang-orang Islam. Termasuklah jiran-jiran kita yang kafir yang kita kenali dan bergaul dengan mereka, sudah tentu mereka tidak terlibat memerangi kita. Disini kami memetik fatwa bekas Mufti Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin yang berkata :-


"Adalah dibolehkan untuk memberi orang kafir daging korban atas nama sedekah selama mana orang kafir ini bukan dari kalangan mereka yang membunuh orang Islam. Jika mereka adalah salah seorang yang membunuh orang Islam maka tidak boleh diberikan mereka apa-apa, sebagaimana firman Allah swt :-


'Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.' [Surah : al-Mumtahanah 8-9]". - [Fataawa al-Shiekh Ibn Utsaimin, 2/663].


(terima kasih http://makanansembelihan.blogspot.com/2010/01/lebihan-tulang-aqiqah-kena-ditanam.html)

sekadar info untuk dikongsi bersama sebarang kesilapan harap maklum....

Print This Page

Thursday, November 25, 2010

Kek Marble

Assalamualaikum.....

Kali ni kita berkongsi satu resepi yang diambik dari Mat Gebu........(Sebenarnya kek ni saya buat sehari lepas raya qurban..tetapi dek masalah teknikal maka hari ini ter'publish'kek marble yang telah sekian lama disimpan sbg draf)

Seperti biasa setiap kali ada N3 terbaru dari Mat Gebu saya pasti akan singgah ke blog beliau.....kali ni menjenguk ke bhgn kek mencari bahan yang paling mudah dan senang..Akhirnya resepi kek marble ni juga cuba dibuat...Alhamdulillah hasilnya memuaskan.

Tapi saya hanya menggunakan separuh dari pada bahan yang digunakan...maklumlah percubaan pertama kena buat sikit-sikit takut tidak menjadi...(yelah saya ni bukannya pakar mcm Mat Gebu kita)


Bahan-Bahannya

***Saya hanya menggunakan separuh dari ukuran dibawah***

300 g mentega (guna high quality butter) - saya guna brand butter cup
280 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan, diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60g sebiji dengan kulit) - seperti biasa guna telur gred B klu ikut ukuran seprauh saya guna 3 biji
250 g gula pasir
1 camca besar ovallate (cake stabilizer)
30 g gliserin (boleh ganti dengan susu sejat) - saya gunakan susu sejat dlm
20 g air
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar coklat emulco

Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin bulat berukuran 9 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga kembang dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gunakan kelajuan perlahan. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula pasir dan ovallate, putar perlahan hingga gula dan ovallate bergaul rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kuih baulu.
  4. Perlahan kan speed dan masukkan no. 2 perlahan2 sehingga habis, putar sebati. Masukkan esen vanilla, gliserin dan air, kacau rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian sama banyak, satu biar pada warna asal dan satu lagi campur dengan coklat emulco, kacau rata.
  5. Sudukan ke dalam tin kek tadi secara berselang-seli, dan buat hingga siap. Kemudian, ambik pisau atau chostick, buat beberapa lorekkan pada adunan kek tadi, cukup sekadar 3 - 4 kali lorekkan. Bakar 50 - 55 minit atau hingga kuning keemasan, check dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak.Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotog
***Petua dari qaseehatikuqaseeh.blogspot.com yang sangat mujarab.....gunakan satu bekas disimpan sedikit air dan diletakkan dibawah acuan kek yang hendak dibakar agar kek marble tidak tidak terlalu kering.....Hasil dari mencuba petua ini kek marble saya menjadi lebih gebu dan lembab ***

Monday, November 22, 2010

Manik Simple



Manik yang sangat simple dan cepat tuk dijahit sebab tu di gelar Manik Simple.....saya memilih corak ini untuk si kecil kerana penggunaan manik labuci yang sarat dileher baju sangat tidak sesuai kerana labuci akan tersangkut dirambut si kecil.


Hanya dipergelangan tangan baju di jahit sedikit labuci dan manik berwarna putih dan lutsinar.....
Gembira si kakak memakai baju kurungnya (sampai basah2 baju)...
hari sebelum Raya Qurban suda dipakai terpaksa dicuci tuk di pakai di pagi raya pulak...
nilah "tante baju kakak kan mak"bilangnya

Model yang comot

Tuesday, November 16, 2010

BURASA


Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha yang mulia ni...seperti biasa kami akan sibuk untuk menyediakan Burasa (yang juga di sebut Buras)...

  

 

Burasa ini adalah merupakan makanan tradisi orang Bugis yang biasanya akan dihidangan untuk tetamu yang datang berkunjung pada Hari Raya Aidilfitri/Aidiladha dan lebih enak jika dimakan bersama Ayam Masak Likku (ayam masak lengkuas)/ Ayam Masak Merah mahupun Rendang Ayam/Daging.

Burasa ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu Burasa Ko'wak dan Burasa Pulut....Bahan yang diperlukan untuk membuat burasa ini sungguh mudah tetapi memerlukan masa yang lama untuk memasak.

Jika dikampung-kampung Burasa dimasak menggunakan kayu api, dan tempoh untuk memasak lebih lama (anggaran 5-6 atau lebih lama ) dan api dan air perlu sentiasa dijaga. Bagaimanapun, kini ramai yang lebih gemar memasak menggunakan dapur gas terutamanya yang tinggal dikawasan perumahan.

Bahan-Bahan (Anggaran 2kg Beras)
  1. 2 kg Beras (untuk menyediakan Burasa Ko'wak) 2 kg Beras Pulut (untuk menyediakan Burasa Pulut)
  2. 2 Biji Kelapa (diambil santan)
  3. Sedikit garam
  4. Daun pisang
  5. Tali rapiah

santan yang sedang di didihkan


Beginilah rupa beras yang telah dicampur santan dan siap untuk dibungkus
( untuk membuat Burasa Ko'wak)

Beginilah rupa beras pulut yang telah dicampur santan dan siap untuk dibungkus
 (untuk membuat Burasa Pulut)
Periuk yang digunakan untuk memasak Burasa


Cara-cara
  1. Basuh beras hingga bersih (seperti hendak memasak nasi)
  2. Didihkan santan dan bubuh sedikit garam
  3. Setelah mendidih masukkan beras dan gaul hingga sebati bersama santan (jangan sampai santan pecah minyak...bila adunan agak kering tutup api dan angkat)
  4. Bungkus dengan menggunakan daun dan diikat menggunakan tali rapiah
  5. Di sini teknik mengikat sangat penting kerana teknik mengikat yang tidak betul akan menyebabkan Burasa akan menjadi lembik.
  6. Masak Burasa seperti kita merebus dengan memasukkan air dan Burasa disertakan dengan lebihan keratan daun pisang.
  7. Masak lebih kurang 3-4 jam di atas dapur api.....Burasa boleh tahan sehingga 4 - 5 hari....


Beginilah rupa burasa yang telah siap dimasak
Saya bangga menjadi sebahagian daripada anak-anak Bugis...yang dapat merasa keistimewaannya (tiada niat berbaur perkauman ok)..kerana setiap kaum mempunyai keistimewaan tersendiri....jadi kita semua harus berbangga.....

Monday, November 15, 2010

Manik Tabur V.1

Assalamualaikum

N3 Kali ni nak berkongsi jahitan manik yang pertama yang dinamakan Manik Tabur V.1.....

Percubaan pertama testing 1...2....3....


Menggunakan teknik jahitan manik tabur tapi ditambah dengan penggunaan acrylic stone jenis round, oval dan segiempat tuk menambahkan seri pada baju.





So nantikan kemunculan Manik Tabur V.2

Apam Pelangi

Beginilah rupa apam yang telah siap dikukus....menunggu untuk disejukkan

Resepi Apam Pelangi dapat dari Mat Gebu....Kali ni apam yang saya buat pun berjerawat juga tapi taklah sebesar jerawat Mat Gebu...kikikiki...Rasa apam ni lebih kurang Kuih Seri Ayu cuma tidak bubuh kelapa....


Siap untuk dipotong setelah sejuk
Bahan-Bahan

2 biji telur gred A (masa buat telur gred A xda, saya guna telur gred B dalam 3 biji)
1 camca teh ovallate
1 camca teh esen vanilla
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan ayak)
90 gram gula halus
125 ml santan pekat segar (guna santan kotak pun ok)
Pewarna makanan ikut suka (saya guna pewarna hijau dan emulco coklat)



Siap untuk dimakan
Cara-Cara
  1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan. (saya guna yang bulat dan hanya sapukan mentega tak guna kertas minyak...hehe sebab tiada) 
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga pekat, perlu pastikan yang adunan tersebut betul-betul pekat.
  3. Perlahankan speed, tuang santan dan esen vanilla, putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul sebati.
  4. Bagi adunan pada 3 bahagian, letak warna kegemaran pada setiap bahagian tadi (saya guna warna hijau, coklat dan adunan yang satu guna warna asal)
  5. Sudukan secara bergilir2 setiap warna buat hingga siap.
  6. Kukus 30 minit gunakan api sederhana. Balut penutup pengukus dengan kain bersih agar air tidak menitis pada apam.
  7. Bila masak, sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari tin. Boleh hidangkan.
SELAMAT MENCUBA

Thursday, November 11, 2010

Istana oh Istana

Assalamualaikum...........


Kali ni nak berkongsi sedikit pengalaman yang tak seberapa semasa pertama kali menjejakkan kaki ke Istana Alam Shah, Klang rasanya pada tahun 2008....tak ada niat lain selain  nak berkongsi sedikit info berdasarkan pengalaman sendiri....


 Pandangan dari tepi jalan Istana Alam Shah, Klang yang telah dinaik taraf oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Pintu masuk ke Istana Alam Shah, Klang




Masuk Istana Alam Shah ni pun sebenarnya atas urusan kerja...yelah kalau bukan urusan kerja rasanya tak dapat lah masuk ke dalam kalau nak pun tengok dari luar jak lah...Istana Alam Shah ini terletak di bandar diraja Klang, Selangor.

Rupa Asal Istana Alam Shah, Klang pada 1905 (Sumber: www.my-rummy.com)

 
Istana ini telah dibina pada tahun 1905 sewaktu pemerintahan Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang ke lima. Bangunan ini mempunyai 15 buah bilik. Istana ini direka dengan menggunakan kayu dan marble. Segala kos pembinaan dan rekabentuk istana telah ditanggung sendiri oleh baginda. Sultan Alaudin Sulaiman Shah bersemayam di situ selama 35 tahun sehinggalah kemangkatan bagina pada tahun 1938. Di Istana itu juga, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor yang ke-7 telah dilahirkan pada tahun 1926. Awal tahun 2000, Istana ini telah dinaiktaraf sewaktu pemerintahan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.(sumber : www.mpk.gov.my)





 Sempat juga ambik gambar time tengah sibuk buat kerja....Kenangan kerja bersama Kak Masni
 (si gadis manis bertudung biru) sebelum saya berpindah ke Cawangan Negeri Sabah

Pn. Masni, En.Ruzaimi, En.Kamarulzaman@ Dato K (Ketua Pasukan) dan Saya - Sekali lagi kenangan terakhir bekerja bersama


Ni lah team kerja yang bertungkus lumus bekerja.....gambar ni diambil masa kerja dah siap...bukan curi tulang ok...nilah hari terakhir kami di Istana Alam Shah, Klang....setelah hampir 2 minggu bertapak di sana...lokasi di Pejabat Rasmi Sultan Selangor dan Yang Di Pertua Negeri Salangor Darul Ehsan


DAULAT TUANKU

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris yang telah dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke-9 pada pada 22 November 2001 berikutan kemangkatan Paduka Ayahanda Baginda.


Pejabat Yang Di Pertua Negeri Salangor Darul Ehsan 



Kerusi ni hanya boleh begambar di tepi sahaja tau....sebenarnya kitaorang ada hati nak duduk di kerusi ni...tapi bila dimaklumkan bahawa kerusi ni hanya Yang Di Pertua Negeri Salangor Darul Ehsan sahaja yang boleh duduk. So ambil gambar di tepi kerusi pun jadilah.




Antara koleksi yang digunakan oleh Yang Di Pertua Negeri Salangor Darul Ehsan sebagai Canselor apabila tibanya masjlis Konvokesyen.




Balai Rungseri hanya dapat ambil gambar dari luar sahaja kerana tidak dibenarkan untuk mengambil gambar atau video selain dari urusan rasmi...tak palah dapat masuk ke dalam pun dah syukur....Kagum melihat keadaan di dalam Balai Rungseri....


Balai Rungseri inilah tempat dimana Baginda ditabal dan dimahkotakan dengan penuh Adat Istiadat Diraja di Balairung Seri,Istana Alam Shah, Klang dalam Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan pada 8 Mac 2003
5 Muharram 1424 Hijra.






Gambar ni bukan dalam Balai Rungseri tetapi Bangquet Hall Istana Alam Shah, tempat di mana Yang Di Pertua Negeri Salangor Darul Ehsan bersantap....

Selain dari Istana Alam Shah, Klang berikut adalah beberapa gambar Istana-istana dan rumah rehat yang sangat cantik pemandangan hanya dari luar....




Pintu masuk Istana Selangor, Kuala Lumpur






 Ini adalah rumah rehat yang terletak di Morib, Banting Klang selain itu terdapat juga Rumah Rehat Diraja Pertak yang terletak di Hulu Selangor


Sekadar info untuk dikongsi bersama sebarang kesilapan harap maklum...........

 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...