Kali ni saya ingin berkongsi beberapa info yang sering mejadi kekeliruan / beberapa persoalan yang diutarakan berkaitan dengan Akikah....
Anakku yang bakal melalui hari akikah
APA ITU AKIKAH?????
Maka jawabnya maksud akikah ialah menyembelih binatang korban dengan sebab kurnian anak melalui kelahiran. Ulama’ membuat pelbagai takrif mengenai akikah ini tapi inilah sebahagian daripada takrif akikah.
Yang dimaksudkan akikah bukan anak itu tapi sembelih binatang itu. Binatang korban ialah binatang yang sah dijadikan korban iaitu kambing biri-biri, lembu, kerbau dan unta.
Tujuan akikah ialah menunjukkan tanda rasa bersyukur kita kepada Allah kerana anak ini lebih bernilai dari harta benda.
Kelebihan akikah ialah anak itu, katanya setengah ulama’, tergadailah kebajikannya itu maksudnya dia berada dalam keadaan tenang atau lega tidaklah dalam keadaan terhutang-hutang.
(terima kasih kepada http://sahabatmusleem.blogspot.com/2010/07/akikah-info.html )
kambing oh kambing.......
AKIKAH SELAIN KAMBING???
Aqiqah disunatkan keatasnya menyembelih kambing, sebagaimana yang dinyatakan didalam Fiqh al-Manhaji :-
"Akan tetapi adalah lebih baik (afdal) walinya menyembelih 2 kambing bagi anak lelaki dan 1 kambing bagi anak perempuan" [Fiqh al-Manhaji 1/490]
Dalilnya sebagaimana yang diriwayatkan oleh A'isyah ra katanya :
"Sesungguhnya Rasulullah saw mengarahkan mereka menyembelih 2 kambing yang serupa bagi anak lelaki dan 1 bagi anak perempuan" -[Hadith riwayat al-Tirmudzi; beliau mengatakan Hasan Sahih; Ibn Majah %3163, Sahih al-Tirmudzi #1221].
Selain dari kambing, ulama' khilaf mengenai hukumnya. Jumhur ulama' Mazhab mengatakan boleh kecuali Mazhab al-Zahiriyyah. Dalilnya, dari Kitab penulisan al-Iraqi, dari sanad hasan, dari Anas ra, bahawa Nabi saw bersabda :-
"Barangsiapa yang melahirkan anak lelaki, maka beraqiqahlah dengannya Unta, Lembu atau Kambing" - [hadith riwayat al-Tabarani].
Berikut kami simpulkan dari Ensaiklopedia Fiqh Kuwait :-
Mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali bersetuju bahawa binatang yang ingin diaqiqahkan diperbolehkan sebagaimana binatang korban seperti Unta, Lembu dan Kambing, dipersetuji oleh 2 pandangan Malik. Selainnya mengatakan bahawa hanya boleh beraqiqah menggunakan kambing. Mereka berbeza pendapat mengenai berapa bahagiannya:-
a. Mazhab Syafie :- membahagikan aqiqah sebagaimana melakukan korban; iaitu 1 kambing atau 1/7 Unta atau 1/7 Lembu.
b. Mazhab Maliki dan Hanbali :- satu lembu seluruhnya, atau satu Unta seluruhnya.
Kesimpulannya, seafdhal binatang aqiqah adalah kambing, akan tetapi jumhur ulama' menyatakan bahawa bintang yang boleh di aqiqahkan menyamai binatang korban. Akan tetapi mazhab2 tersebut berbeza pandangan mengenai jumlah bahagiannya. WA.
(terima kasih http://makanansembelihan.blogspot.com/2010/01/lebihan-tulang-aqiqah-kena-ditanam.html)
LEBIHAN TULANG KENA TANAM???
Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan.
Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah hadith Nabi :saw :-
Berkata Ibn Mas'ud ra : 'Rasulullah :saw berkata : Salah seorang dari kalangan Jin telah memanggilku, dan Aku pergi bersamanya, membaca al-Quran kepada mereka.' Dia membawa kami melihat kesan mereka dan kesan api mereka, dan mereka bertanya baginda mengenai makanan dan baginda bersabda : 'Bagi kamu semua TULANG yang disebut nama Allah yang kamu perolehi, bagi DAGING pula, dan semua lebihannya bagi binatang kamu'. Nabi :saw bersabda : 'Maka jangan kamu beristijak (membersihkan diri) dengannya, kerana ia adalah makanan yang diperuntukan kepada saudara kamu' [Hadith riwayat Muslim #450].
(terima kasih http://makanansembelihan.blogspot.com/2010/01/lebihan-tulang-aqiqah-kena-ditanam.html)
Hadith ini menjelaskan bahawa :
a. Nabi :saw membacakan al-Quran kepada Jin Islam
b. Tulang binatang sembelihan yang disebut nama Allah adalah makanan kepada Jin Islam.
c. Lebihan daging itu pula adalah makanan kepada binatang.
d. Larangan beristinjak dengan tulang
e. Ada dikalangan ulama yang mengatakan bahawa Jin yang kufur akan memakan tulang yang tidak disembelih dengan nama Allah.
Kesimpulannya adalah tidak ada nas yang menyuruh menanam tulang binatang aqiqah selepas selesai memakan dagingnya. Perintah larang yang ada adalah seseorang itu tidak boleh beristinjak menggunakan tulang binatang yang disembelih dengan nama Allah swt kerana tulang itu adalah makanan saudara kita seIslam, iaitu Jin Islam. WA.
(terima kasih http://makanansembelihan.blogspot.com/2010/01/lebihan-tulang-aqiqah-kena-ditanam.html)
PEMBAHAGIAN DAGING AKIKAH???
Mengenai pengagihan daging tersebut, berikut kami paparkan dalil-dalinya :-
Diriwayat bahawa 'Aisyah ra. berkata mengenai daging aqiqah :-
"Ia hendaklah di potong berkeping2, kemudian dimakan dan diberi kepada yang lain" [Riwayat Ibn Abi Shaibah didalam al-Musannaf, 5]
Di riwayatkan bahawa Ibn Sirin dan Hasan al-Basri berkata :
"Sesungguhnya disisi mereka bahawa aqiqah dianggap seperti korban, dimakan (sebahagian) dan diberi (sebahagian)" [Riwayat Ibn Abi Shaibah]
Berkata Ibn Hazm rh :-
"Aqiqah hendaklah di makan sebahagiannya, diberi sebagai hadiah dan disedekahkan" [al-Muhallaa].
Daging aqiqah tersebut bolehlah diagih ke masjid, diberi kepada tetamu yang datang kerumah untuk kenduri cukur rambut(seperti mana yang di rancangan) dan tidak lupa juga jika ada lebih, diberikan sebagai sedekah kepada kafir miskin.
Anda juga boleh mengagih daging tersebut secara mentah atau memasaknya dan diberikan kepada orang miskin, saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai dsb [Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah, 11/442]. WA.
(terima kasih http://makanansembelihan.blogspot.com/2010/01/lebihan-tulang-aqiqah-kena-ditanam.html)
PEMBERIAN DAGING KORBAN KEPADA BUKAN ISLAM???
Sheikh Dr Abdullah Al-Faqih didalam komentarnya terhadap pemberian daging korban kepada orang kafir, kata beliau :
"Tidak ada masalah untuk memberi orang kafir dan diantara mereka juga termasuk orang miskin dan fakir, kaum keluarga, jiran atau mana-mana komposisinya, kerana nabi saw bersabda didalam sebuah hadith yang dipersetujui oleh semua (al-Mutafaq) yang diriwayatkan oleh Asmaa' bt Abu Bakar Al-Sidiq ra : "Anda kekalkan hubungan yang baik dengan ibu anda", telah maklum bahawa ibu Asmaa' adalah seorang kafir Quraish yang tidak beriman." [sumber : http://www.islamweb.net/php/php_arabic/ ... on=FatwaId ]
Fatwa ini menunjukkan bahawa seorang ibu yang masih kafir boleh menerima korban si-anak atas dasar berlaku baik kepada kedua ibu-bapa, begitulah juga dengan jiran dan kaum keluarga yang masih tidak beriman.
Islam membenarkan daging korban diberikan kepada orang kafir asalkan mereka tidak terlibat memerangi dan menzalimi orang-orang Islam. Termasuklah jiran-jiran kita yang kafir yang kita kenali dan bergaul dengan mereka, sudah tentu mereka tidak terlibat memerangi kita. Disini kami memetik fatwa bekas Mufti Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin yang berkata :-
"Adalah dibolehkan untuk memberi orang kafir daging korban atas nama sedekah selama mana orang kafir ini bukan dari kalangan mereka yang membunuh orang Islam. Jika mereka adalah salah seorang yang membunuh orang Islam maka tidak boleh diberikan mereka apa-apa, sebagaimana firman Allah swt :-
'Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.' [Surah : al-Mumtahanah 8-9]". - [Fataawa al-Shiekh Ibn Utsaimin, 2/663].
(terima kasih http://makanansembelihan.blogspot.com/2010/01/lebihan-tulang-aqiqah-kena-ditanam.html)
sekadar info untuk dikongsi bersama sebarang kesilapan harap maklum....
Print This Page
No comments:
Post a Comment