
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha yang mulia ni...seperti biasa kami akan sibuk untuk menyediakan Burasa (yang juga di sebut Buras)...

Burasa ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu Burasa Ko'wak dan Burasa Pulut....Bahan yang diperlukan untuk membuat burasa ini sungguh mudah tetapi memerlukan masa yang lama untuk memasak.
Jika dikampung-kampung Burasa dimasak menggunakan kayu api, dan tempoh untuk memasak lebih lama (anggaran 5-6 atau lebih lama ) dan api dan air perlu sentiasa dijaga. Bagaimanapun, kini ramai yang lebih gemar memasak menggunakan dapur gas terutamanya yang tinggal dikawasan perumahan.
Bahan-Bahan (Anggaran 2kg Beras)
- 2 kg Beras (untuk menyediakan Burasa Ko'wak) 2 kg Beras Pulut (untuk menyediakan Burasa Pulut)
- 2 Biji Kelapa (diambil santan)
- Sedikit garam
- Daun pisang
- Tali rapiah
santan yang sedang di didihkan

Beginilah rupa beras yang telah dicampur santan dan siap untuk dibungkus
( untuk membuat Burasa Ko'wak)
Beginilah rupa beras pulut yang telah dicampur santan dan siap untuk dibungkus
(untuk membuat Burasa Pulut)
(untuk membuat Burasa Pulut)
Periuk yang digunakan untuk memasak Burasa
Cara-cara
Cara-cara
- Basuh beras hingga bersih (seperti hendak memasak nasi)
- Didihkan santan dan bubuh sedikit garam
- Setelah mendidih masukkan beras dan gaul hingga sebati bersama santan (jangan sampai santan pecah minyak...bila adunan agak kering tutup api dan angkat)
- Bungkus dengan menggunakan daun dan diikat menggunakan tali rapiah
- Di sini teknik mengikat sangat penting kerana teknik mengikat yang tidak betul akan menyebabkan Burasa akan menjadi lembik.
- Masak Burasa seperti kita merebus dengan memasukkan air dan Burasa disertakan dengan lebihan keratan daun pisang.
- Masak lebih kurang 3-4 jam di atas dapur api.....Burasa boleh tahan sehingga 4 - 5 hari....
Beginilah rupa burasa yang telah siap dimasak
Saya bangga menjadi sebahagian daripada anak-anak Bugis...yang dapat merasa keistimewaannya (tiada niat berbaur perkauman ok)..kerana setiap kaum mempunyai keistimewaan tersendiri....jadi kita semua harus berbangga.....



































